Grass
No Frame

SEKILAS PSKK KE 38

KWSP telah dipilih selaku penganjur serta tuan rumah bagi PSKK ke-38 tahun 2012. PSKK edisi ke 38 ini adalah penganjuran ketiga KWSP di mana penganjuran pertamanya pada tahun 1997 dan untuk kali keduanya pada tahun 2004. Penganjuran pesta sukan tahunan ini adalah mengikut sistem giliran di antara jabatan serta agensi yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Lokasi utama PSKK 38 kali ini ialah di Institut Penilaian Negara (INSPEN) Kajang serta venue-venue pertandingan sekitar Kajang, Bangi, Ampang, Sri Petaling & Rawang.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) Ke-38. KWSP akan berusaha untuk menganjurkan pesta sukan ini dengan sempurna bagi menyemarakkan lagi semangat kompetitif yang positif di kalangan atlet agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan yang mengambil bahagian.

IKRAR PSKK KE 38

Kami berikrar

bahawa kami

akan mengambil bahagian

dalam Pesta Sukan Kementerian Kewangan ke - 38

dengan penuh semangat kesukanan

dan setiakawan

mengikut segala peraturannya

bagi menghormati

dan menjaga nama baik

pesta sukan ini

------------------------------------------------------------------

This Site Was Created Using Wix.com . Create Your Own Site for Free >> Start